Thursday, October 16, 2008

PERSATUAN SENI SILAT TARI HARIMAU



Persatuan Seni Silat TAri Harimau dan Gendang Silat ini telah diasaskan oleh GURU Sulaiman B Yaacob pada tanggal 14 Disember 2006. Walaupun usia mencecah 50-an, tetapi semangat dan kegigihan beliau dalam medidik dan mengajar ilmu persilatan telah memberi impak bagi Persatuan ini. Persatuan Seni Silat Tari Harimau (PSSTH) telah didaftarkan di Pertubuhan Malaysia di negeri Selangor pada Mac 2008. Guru Sulaiman atau gelarannya 'PAK MAN' telah dilahirkan pada 28 Mac 1958 di Kamunting Taiping, Perak .Beliau dibesarkan dari keluarga yang kurang berada. Pada usia mencecah 20 -an ,beliau telah menyelami ilmu-ilmu seni mempertahankan diri seperti Seni Silat Gayong, Seni Silat Terelak, Seni Silat Sendeng, Seni Silat Pasak Bumi dan akhir sekali adalah Silat Harimau. Kerana kepandaiannya dalam persilatan beliau telah dilantik menjadi guru dikampungnya pada usia 23 thn dan telah mempunyai 30 anak murid. Pada usia mencecah 25 tahun, berbekalkan ilmu yang dipelajarinya, beliau merantau ke negeri Selangor untuk mencari pekerjaan. Beliau amat meminati bidang mekanikal dan kini beliau bekerja di UMW Engineering Shah Alam. Beliau juga Telah berkahwin dengan Ibunda Che Noliah dan dikurniakan 2 Putra iaitu Saiful dan Hasbullah dan kini menetap di Sg Pinang Klang Selangor. Menurut beliau, Seni Silat Tari Harimau berasal dari silat pertapaan yang telah dipelajarinya dari seorang Guru yang mengajar di kampungnya yang berasal dari nama Silat Harimau. Jika dahulu silat ini memerlukan 'bersahabat' tetapi kini guru Sulaiman mengubah dengan mempelajari Tarinya sahaja kerana beliau amat mementingkan aspek keagamaan. Pada peringkat permulaan beliau hanya titipkan ilmunya pada putra bongsunya dan kini beliau telah mempunyai hampir 40 anak murid. Menurut beliau, tujuan beliau mengajar seni silat ini adalah ingin menyambung seni warisan melayu pada anak-anak melayu yang kini 'rapuh dan amat memerlukan bimbingan dan kesenian. Oleh itu beliau mengharapkan ramai anak-anak melayu di seluruh Malaysia dapat menyelami dalam ilmu Silat ini yang jarang ditemui di Malaysia.